Sunday 5 April 2015

Berhati-hatilah..

Berkata imam as-Syafi'i:

"Sesiapa yang menceritakan aib orang lain kepadamu,ia akan menceritakan aibmu kepada orang lain.

Sesiapa membawa berita orang lain kepadamu,ia akan membawa beritamu kepada orang lain.

Sesiapa yang berlebihan memujimu jika engkau menggembirakannya ,ia akan berlebihan mencelamu jika engkau memarahinya."

(Riwayat Imam al-Baihaqi dalam kitab Manaqib al-Syafi'i,jil.2 hlm.198)

Kisah..

"Setiap satu kurun atau setiap seratus tahun,Allah membangkitkan seorang pemimpin bagi menguatkan islam"
_Syeikh Abi Thahir Auf_

Tuesday 10 February 2015

Fadhilat Surah Al-Mulk

1.Memperoleh Syafaat

 Daripada Abi Hurairah ra.Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda :Sesungguhnya didalam al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunanuntuknya iaitu surah al-Mulk"(Tabarakal-lazi)".

2.Sebagai Sahabat Dalam Kubur

Daripada Anas Ibnu Malik berkata : Nabi salallahualaihiwassalam telah bersabda :"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada besamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabarakal-lazi".Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur ,datanglah kepadanya malaikat.

 Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata kepada surah itu.Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia,dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati),jadi pergilah menemui Allah SWT.Dan mintalah \shafaat daripadanya.DAn berkata :"Wahai Tuhanku,si fulan ini (si mati),dia pilih sya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya,bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyeksanya,walhal saya didalam dadanya.

  Maka jika Engkau ingin berbuat demikian,jadi padamlah saya dari kitabmu.Allah SWT berfirman : "Aku nampak kamu marah."Dia menjawab (surah): "Sesungguhnya saya marah.Allah SWT berfirman:"Pergilah sesungguhnya Aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi shafaat keatasnya".

  Nabi  salallahualaihiwassalam bersabda : "Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamt datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

  Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian".Anas berkata :"Apabila Nabi salallahualaihiwassalam khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi salallahualaihiwassalam memanggil surah ini Al-Munijah: Iaitu yang menyelamat".

3.Terhindar Dari Seksa Kubur

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah salallahualaihiwassalam telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda salallahualaihiwassalam dan berkata :"Wahai Rasulullah salallahualaihiwassalam saya dirikan  satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam."Nabi salallahualaihiwassalam bersabda itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada seksaan kubur.(HR.At-Tarmizi)

  Daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah salallahualaihiwassalam tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim,A-Sajadah dan Al-Mulk.(HR.At-Tarmizi)

  Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.

4.Terhindar Dari Api Neraka

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata :"Adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkan!"Beliau (Ibnu Abbas ) berkata bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat di hari kiamat  di depan Allah memohon  kepada pembacaannya  supaya Allah SWT  menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada seksaan kubur.

Dan Nabi salallahualaihiwassalam bersabda:"Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku".(HR.Ibnu Katsir)

Life..

Life is Too Short

Laugh when you can
Apologize when you should
Let go of what you cant't change 
Learn from your mistakes
Love deeply and forgive quickly

Permata Syurga..

Bingkisan  daripada radio ikim :

Wahai manusia yang sudi mendengar,
Tahukah engkau bagaimana rasanya dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya,
Apakah rasanya bernyawa didalam kandungan perempuan yang sedang berkira-kira utk membunuh anaknya,
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik,
Apakah rasanya menjadi bayi yang dinafikan hak keturunannya,
Aku telah dikeji sejak didalam kandungan ,
Aku telah dihina aejak manusia mengetahui kewujudanku,
Hanya Allah yang Maha Tahu betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi,
Akan adakah manusia yang akan menyayangiku,
Akan adakah insan yang akan melindungiku,
Akan adakah orang yang akan mengazankan dan mengiqamatkan aku,
Aku tidak bersalah ,
Salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada azan dan iqamat?,
Aku akan tetap ;ahir juga tapi lahirku tidak sama seperti kawan -kawanku yang lain,
Mereka disambut sedang aku amat takut,
Mereka dihias dengan pakaian yang comel,
Sedang aku dibungkus dengan plastik hitam,
Mereka tidur didalam tilam empuk yang wangi,
Sedang aku bakal dihumban kedalam tandas yang busuk,
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik sedang namaku hanyalah sumpah seranah,

Tolong,tolong..

Manakah pembelaku,
Manakah pelindungku,
Kemanakah pelarianku ini,
Tolonglah manusia..ada binatang mengigitku,
Ada binatang merobek kulitku,
Tolonglah mengerti aku kelemasan dalam ruangan gelap ini,
Aku sejuk,
Aku kehausan,
Aku kelaparan,
Aku takut,
Aku keseorangan,
Memang beginikah dunia ini ,
Wahai Allah ambilah aku kembali,
Biar aku pulang kehadratmu,
Ya Allah,
Aku tak sanggup tinggal disini,
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali aku panggil ibu,
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggil ayah,
Aku ingin pulsng Ya Allah,
Kasihanilah aku wahai yang Maha Mengasihani,

Kepada yang sudi mendengar,
Ku titipkan kata-kata ini sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan,
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung,
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini,
Jangan niarkan ramai lagi yang senasib denganku,
Ia terlalu perit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemahku,
Terlalu pahit dan berat dipikul oleh bayi kerdil sepertiku,
Tegakkanlah amal maaruf nahi mungkar,



Thursday 29 January 2015

Ceriakan Diri Anda Selalu!

Assalamualaikum!

   Hari-hari kena ceria..Ok! Akak-akak,abang-abang,adik-adik...Sila paksa bibir pemberian Allah tu untuk senyum..ok sekarang gerakkan otot2 dikawasan bibir anda utk bekerja.. SENYUMMM :)..
dalam hati mengarut ke budak nih.. Senyum itukan Sedekah..Free2 boleh bagi sedekah + awet mudaa..Alhamdulillah..



  Ok point utama hari ni adalahhhhhh...nak bagitau satu informasi yang terbaca dalam surrrat khabar...mungkin ada yang telah mengetahuinya that's ok..tapi yang tak tau mehhh sini baca okeh..


MENGENAI AMALAN UNTUK KECERDASAN OTAK!

1.Baca ayat 25 hingga 28,surah Thaha sebanyak 21 kali selepas solat subuh bagi kecerdasan otak,akal yang sempurna meguatkandaya ingatan dan menambah ilmu pengertahuan.

2.Baca ayat 21,surah al-Hasyr supaya mudah mengingati apa yang dibaca.

3.membaca surah al-insyirah 11 kali selepas solat subuh.

4.membaca ayat 79,surah al-Anbiya sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali.

5.Membaca basmalah enam kali untuk menerangkan hati dan mencerdaskan akal.


Amalan-amalan kat atas nim sangat sesuai untuk student universiti macam saya,pelajar sekolah dan lain-lain yang rasa mereka boleh mengamalnya ok..
Yang kat atas nim hanyalah beberapa amalan..Antara yang lain adalahhh..
semestinya kena banyak membuat latihan ataupun ulangkaji..makan makanan yang berkhasiat yang boleh memberikan nutrien atau zat2 yang elok untuk kesihatan badan dan otakk..

Gudluck!!
Semoga bermanfaat,,semoga Allah redha :)







Tuesday 4 November 2014

Assalamualaikum...alhamdulillah..selepas beberapa bulan buat blog ni..hmmm,,inilah pertama kali nya dapat menulis..untuk hari ini ada masa free..try singgah kejap sebelum masuk klas pulak nnt...untuk pertama entrance ni sebab tak biasa lagi...salam perkenalan dan insyaallah gunakan kemudahan yang ada ini untuk kebaikan diri dan semua orang di jalan Nya..semoga dibekati..adios...assalam..nak masuk kelas pulak..

http://www.sweetmuslimah.com/affiliate/idevaffiliate.php?id=1033--->tekan nim